Tuesday, October 20, 2009

Pentingnya iman dan syariat

Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Thursday, October 15, 2009

Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau
Engkau jaga dan belai muka engkau agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasa licin dan tegang
Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau
Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
Kerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal Tuhan
Jauh sekali rasa kehambaan
Lantaran itu apabila mati dibaham oleh ulat dan jadi tanah
Ertinya ia tidak kekal abadi
Tapi malang sekali anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat
Engkau abaikan
Akal yang menjadikan engkau mukallaf
Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan engkau cuaikan
Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat
Kepada Tuhan semesta alam
Engkau tidak ambil peduli pun untuk bermujahadah terhadapnya
Padahal semuanya ada nilai Akhirat
Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak
Sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau
Badan lahir kalau engkau abaikan
Hanya menderita di dunia sahaja
Tapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau, jika engkau abaikan
Dia akan menderita di Neraka
Engkau abaikan hakikat diri engkau
Engkau termasuk orang yang sangat zalim
Tapi engkau tidak nampak engkau menzalimi diri engkau sendiri
Yang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkau
Orang menzalimi diri engkau, engkau dapat pahala
Tapi engkau menzalimi diri engkau sendiri, dapat bala dan Neraka

Wednesday, October 14, 2009

makanan dari hasi tilik...

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?" Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."

"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

(http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunan1001kisah.htm)

Bahaya dunia

Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.

Saturday, October 10, 2009

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD


Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w.terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Tuesday, October 6, 2009

kisah habib si orang parsi...

Semula Habib adalah seorang yang kaya raya dan suka membungakan uang. la tinggal di kota Bashrah, dan setiap hari berkeliling kota untuk menagih piutang-piutangnya. Jika tidak memperoleh angsuran dari langganannya mnaka ia akan menuntut uang ganti rugi dengan dalih alas sepatunya yang menjadi aus di perjalanan. Dengan cara seperti inilah Habib menutupi biaya hidupnya sehari-hari.

Pada suatu hari Habib pergi ke rumah seorang yang berhutang kepadanya. Namun yang hendak ditemuinya sedang tak ada di rumah. Maka Habib meminta ganti rugi kepada isteri orang tersebut.

"Suamiku tak ada di rumah", isteri orang yang berhutang itu berkata kepadanya, "aku tak mempunyai sesuatupun untuk diberikan kepadamu tetapi kami ada menyembelih seekor domba dan lehernya masih tersisa, jika engkau suka akan kuberikan kepadamu".

"Bolehlah!" si lintah darat menjawab. Ia berpikir bahwa setidaknya ia dapat mengambil leher domba tersebut dan membawanya pulang. "Masaklah!".

"Aku tak mempunyai roti dan minyak", si wanita menjawab.

"Baiklah", si lintah darat menjawab, "aku akan mengambil minyak dan roti, tapi untuk semua itu engkau harus membayar ganti rugi pula". Lalu ia pun pergi mengambil minyak dan roti.

Kemudian si wanita segera memasaknya di dalam belanga. Setelah masak dan hendak dituangkan ke dalam mangkuk, seorang pengemis datang mengetuk pintu.

"Jika yang kami miliki kami berikan kepadamu", Habib mendamprat si pengemis, "engkau tidak akan menjadi kaya, tetapi kami sendiri akan menjadi miskin".

Si pengemis yang kecewa memohon kepada si wanita agar ia sudi memberikan sekedar makanan kepadanya. Si wanita segera membuka tutup belanga, ternyata semua isinya telah berubah menjadi darah hitam. Melihat ini, wajahnya menjadi pucat pasi. Segera ia mendapatkan Habib dan menarik lengannya untuk memperlihatkan isi belanga itu kepadanya.

"Saksikanlah apa yang telah menimpa diri kita karena ribamu yang terkutuk dan hardikanmu kepada si pengemis!". Si wanita menangis. "Apakah yang akan terjadi atas diri kita di atas dunia ini? Apa pula di akhirat nanti!".

Melihat kejadian ini dada Habib terbakar oleh api penyesalan. Penyesalan yang tidak akan pernah mereda seumur hidupnya. "Wahai wanita! Aku menyesalkan segala perbuatan yang telah kulakukan!'

Keesokan harinya Habib berangkat pula untuk menemui orang-orang yang berhutang kepadanya. Kebetulan sekali hari itu adalah hari Jum'at dan anak-anak bermain di jalanan. Ketika melihat Habib, mereka berteriak-teriak: "Lihat, Habib lintah darat sedang menuju ke sini, ayo kita lari, kalau tidak niscaya debu-debu tubuhnya akan menempel di tubuh kita dan kita akan terkutuk pula seperti dia!"

Seruan-seruan ini sangat melukai hati Habib. Kemudian ia pergi ke gedung pertemuan dan di sana terdengarlah olehnya ucapan-ucapan itu bagaikan menusuk-nusuk jantungnya sehingga akhirnya ia jatuh terkulai.

Habib bertaubat kepada Allah dari segala perbuatan yang telah dilakukannya, setelah menyadari apa sebenarnya yang terjadi. Hasan al-Bashri datang memapahnya dan menghibur hatinya. Ketika Habib meninggalkan tempat pertemuan itu seseorang yang berhutang kepadanya melihatnya, dan mencoba untuk menghindari dirinya.

"Jangan lari" Habib berkata. "Di waktu yang sudah-sudah engkaulah yang menghindari diriku, tetapi sejak saat ini akulah yang harus menghindari dirimu".

Habib meneruskan perjalanannya, anak-anak tadi masih juga bermain-main di jalan. Melihat Habib, mereka segera berteriak: "Lihat Habib yang telah bertaubat sedang menuju ke mari. Ayolah kita lari! Jika tidak, niscaya debu-debu di tubuh kita akan menempel di tubuhnya sedang kita adalah orang orang yang telah berdosa kepada Allah".

"Ya Allah ya Tuhanku!". seru Habib. "Baru saja aku membuat perdamaian dengan-Mu, dan Engkau telah menabuh gendrang-gendrang di dalam hati manusia untuk diriku dan telah mengumandangkan namaku di dalam keharuman".

Kemudian Habib membuat sebuah pengumuman yang berbunyi: "Kepada siapa saja yang menginginkan harta benda milik Habib, datanglah dan ambillah!"

Orang-orang datang berbondong-bondong, Habib memberikan segala harta kekayaannya kepada mereka dan akhirnya ia tak mempunyai sesuatu pun juga. Namun masih ada seseorang yang datang untuk meminta, kepada orang ini Habib memberikan cadar isterinya sendiri. Kemudian datang pula seorang lagi dan kepadanya Habib memberikan pakaian yang sedang dikenakannya, sehingga tubuhnya terbuka. Dan ia lalu pergi menyepi ke sebuah pertapaan di pinggir sungai Euphrat, dan di sana ia membaktikan diri untuk beribadah kepada Allah. Siang malam ia belajar di bawah bimbingan Hasan namun betapa pun juga ia tidak dapat menghapal al-Qur'an, dan karena itulah ia dijuluki 'ajami atau si orang Barbar.

Waktu berlalu, Habib sudah benar-benar dalam keadaan papa, tetapi isterinya masih tetap menuntut biaya rumah tangga kepadanya. Maka pergilah Habib meninggalkan rumahnya menuju tempat pertapaan untuk melakukan kebaktiannya kepada Allah dan apabila malam tiba barulah ia pulang.

"Di mana sebenarnya engkau bekerja sehingga tak ada sesuatu pun yang engkau bawa pulang?" isterinya mendesak.

"Aku bekerja pada seseorang yang sangat Pemurah", jawab Habib. "Sedemikian Pemurahnya ia sehingga aku malu meminta sesuatu kepada-Nya, apabila saatnya nanti pasti ia akan memberi, karena seperti katanya sendiri: 'Sepuluh hari sekali aku akan membayar upahmu' ".

Demikianlah setiap hari Habib pergi ke pertapaannya untuk beribadah kepada Allah. Pada waktu shalat Zhuhur di hari yang kesepuluh, sebuah pikiran mengusik batinnya. "Apakah yang akan kubawa pulang malam nanti? Apakah yang harus kukatakan kepada isteriku?".

Lama ia termenung di dalam perenungannya itu. Tanpa sepengetahuannya Allah Yang Maha Besar telah mengutus pesuruh-pesuruh-Nya ke rumah Habib. Yang seorang membawakan gandum sepemikulan keledai, yang lain membawa seekor domba yang telah dikuliti, dan yang terakhir membawa minyak, madu, rempah-rempah dan bumbu-bumbu. Semua itu mereka pikul disertai seorang pemuda gagah yang membawa sebuah kantong berisi 300 dirham perak. Sesampainya di rumah Habib, si pemuda mengetuk pintu.

"Apakah maksud kalian datang kemari?", tanya isteri Habib setelah membukakan pintu.

"Majikan kami telah menyuruh kami untuk mengantarkan barang-barang ini", pemuda gagah itu menjawab, "sampaikanlah kepada Habib: 'Bila engkau melipatgandakan jerih payahmu maka Kami akan melipatgandakan upahmu' ". Setelah berkata demikian merekapun berlalu.

Setelah matahari terbenam Habib berjalan pulang. la merasa malu dan sedih. Ketika hampir sampai ke rumah, terciumlah olehnya bau roti dan masakan-masakan. Dengan berlari isterinya datang menyambut, menghapus keringat di wajahnya dan bersikap lembut kepadanya, sesuatu yang tak pernah dilakukannya di waktu yang sudah-sudah.

"Wahai suamiku", si isteri berkata, "majikanmu adalah seorang yang sangat baik dan pengasih. Lihatlah segala sesuatu yang telah dikirimkannya kemari melalui seorang pemuda yang gagah dan tampan. Pemuda itu berpesan: 'Bila Habib pulang, katakanlah kepadanya, bila engkau melipatgandakan jerihpayahmu maka Kami akan melipatgandakan upahmu' ".

Habib terheran-heran.

"Sungguh menakjubkan! Baru sepuluh hari aku bekerja, sudah sedemikian banyak imbalan yang dilimpahkan-Nya kepadaku, apa pulakah yang akan dilimpahkan-Nya nanti?"

Sejak saat itu Habib memalingkan wajahnya dari segala urusan dunia dan membaktikan dirinya untuk Allah semata-mata.

(catatan dari kawan sejati)..

Friday, October 2, 2009

Madah

Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.

Takutilah Allah


Rasa takut kepada Allah sudah tidak lagi dibicarakan dalam perbicaraan sehari - hari manusia pada hari ini. Bagi mereka, orang - orang (da'ie) seperti ini banyak mengganggu dalam kehidupan seharian mereka. Serba xblh... nk buat ni kena tegur... nk buat tu pn kena tegur... lama - kelamaan hitam legam hati... gelap tidak ada cahaya... hmm...

Tidak semena - mena, orang - orang yg menyampaikan pesanan pulak yg kena... Tpi, bagi da'ie yg memahami ini adalah suatu perkara yg menyenangkan. Suatu nikmat bagi mereka... Agak aneh, tpi disebabkan nawaitu nya yg baik, pertolongan Allah slalu bersama mereka... Kalau pun tidak dari bantuan fisikal, Allah beri bantuan berbentuk kebahagian dalam hati mereka.

Kelemahan MQ tidak cukup berani dan kuat untuk menghadapi masalah bekaitan seperti ini... ya Rabbul Izzati, ampunkan lah dosaku...

Apabila manusia banyak lupakan Tuhan
Syariat Tuhan dilanggarnya
Siang dan malam, maksiat dan kemungkaran
Dilakukan di bumi Tuhan
Maka kemurkaan Tuhan pun datang

Untuk menghukum manusia yang sudah derhaka kepada Tuhan
Maka Tuhan pun datangkan berbagai-bagai bala bencana
Untuk mengazab manusia yang sudah derhaka dengan Tuhan
Tuhan lakukan sesama manusia
perkelahian dan peperangan

Tuhan lakukan bencana alam
yang berbagai-bagai bentuknya
Untuk menyusahkan manusia
yang sudah derhaka kepada Tuhan
Bah, banjir, gunung api meledak
Gempa bumi terjadi, tsunami berlaku
Memusnahkan manusia, harta dan pembangunan
Berlaku accident di udara, di jalan raya, dan di
lautan
Dan perkara-perkara itu terus Tuhan lakukan
Selagi manusia tidak kembali kepada Tuhan

Tetapi kita hairan
Sepatutnya malapetaka itu terjadi
Disebabkan kemurkaan Tuhan,
Sepatutnya para pemimpin Islam dan ulama-ulama
Mengingatkan manusia kembali kepada Tuhan
Dan manusia bertaubat sungguh-sungguh kepada Tuhan
Agar kemurkaan Tuhan reda semula kepada insan

Tetapi tidak ada seorang pemimpin Islam
Dan ulama-ulama Islam mengingatkan
Agar manusia kembali merujuk kepada Tuhan
Agar bala bencana itu yang menyusahkan manusia
Dihentikan oleh Tuhan

Bukankah Tuhan telah menyebut didalam Al-Quran
Umat-umat dahulu dimusnahkan Tuhan dengan
berbagai-berbagai cara
Untuk menghukum mereka agar mereka kembali Tuhan
Sepatutnya pengajaran didalam Al-Quran itu
Diambil oleh manusia sebagai pengajaran
Dan para pemimpin-pemimpin Islamlah
Dan ulama-ulama Islam
Mengingatkan manusia yang durhaka kepada Tuhan
akan Tuhan datangkan berbagai bencana
Seperti apa yang Tuhan lakukan
Kepada umat-umat yang dahulu yang diceritakan oleh Al-Quran
Moga-moga dengan peringatan oleh pemimpin-pemimpin Islam
Dan ulama-ulama Islam dapat mengingatkan manusia
Terutama orang-orang Islam agar mereka kembali kepada Tuhan
Kalau tidak azab Tuhan itu akan berlaku berpanjangan
Itu azab Tuhan, baru di dunia sudah tidak tahan
Kalau manusia itu terus melupakan Tuhan
Azab di akhirat sedang menunggu lebih dahsyat lagi,
Makin tidak tahan
Dan berkekalan, lagilah tidak tahan
Disini menunjukkan pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama
Ikut juga didalam kelalaian
Di waktu ummat dan rakyat
Didalam kelalaian dan kecemasan
Mereka tidak mendapat panduan dan ajaran
Dari pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama
Maka rakyat dan umat terbiar
Didalam kebingungan dan ketakutan
Begitulah para pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama
Ikut lalai seperti orang kebanyakan