Saturday, December 26, 2009

Aurat


Hmm... bicara tentang aurat. Bukan satu perkara yang mudah nak disampaikan dengan lisan, lagi pula keanehan mereka dalam memberi alasan menyebabkan agak "fed up" dalam memberi teguran. Antara alasan2 tersebut:
  1. bukan nak tunjuk kat u pun...
  2. alaa... xde stail la pakaian macam ni...
  3. hmm... i tiru kawan je, rasa mcm matching je, so i pakai la...
  4. segan la nak pakai pakaian yg elok2, nnti xde kawan...
  5. fesyen la... !!
  6. kalau x pakai macam ni, nnti xde yg suka kat kita
  7. open minded la sikit... (haa... yg ni based on experience... dah kena marah dlu... hahaha)
  8. sape suh u tgk, pegi la tempat lain...
Akhirnya, iblis dan anak2 setan nya yg menang... Iblis berkata " wah, anak2 adam dah makin ramai nk jadi peneman kita di akhirat besok...." (abg lan, ni bkn *^#%@*** berkata.. haha)

Kan cantik kalau menutup aurat, Allah suka, masyarakat suka, saya pun suka... hehe... (jom bentuk masyarakat islam yg berjaya di mata allah, disamping menggembirakan ibubapa di hari kelak..!! )
Jadi anak soleh/solehah menjamin ibubapa ke syurga, salah satu dari harta mereka adalah kita.. huhu... anak mana yg tidak menyayangi parent nya..!! so, xkan kita nak hantar mereka ke alam neraka... huhu.. nauzubillahi min dzalik...
Smoga allah mengampuniku, ibubapaku, sahabat2ku, kenalan2ku, kakak dan adik2ku, serta muslimin dan muslimat...

Pantun - Mari Menutupi Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak
dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
(surah an-nur : 31)