Monday, January 11, 2010

Sunnah orang berjuang

Alhamdulillahirabbil a'lamin, yg mana telah memberi kekuatan kepadaku dengan berbekalkan dua nikmat terbesar iaitu ni'mat islam dan ni'man iman. Tidak lupa juga utk ni'mat-ni'mat yg lain di mana membantu aku utk lebih dekat denganNya... insyaallah..

Bicara tentang sunnah mengingatkanku tentang baginda Rasulullah Muhammad s.a.w. Ada hadith menyatakan:
Asy-Syaikany juga mengeluarkan sebuah hadits dari Amr bin Auf Al-Anshay Radhiyallahu Anhu, yang di dalamnya dia berkata, "Rasulullah Shallailahu Alaihi wa Sallam bersabda,
"TerimaIah kabar gembira dan satu harapan bagi kalian Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan terhadap kalian, tetapi aku justeru takut jika dunia dihamparkan kepada kalian, sebagaimana yang pernah dihamparkan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu mereka saling berlomba untuk mendapatkannya, sehingga kalian menjadi binasa seperti yang mereka alami."

Betapa Rasulullah mementingkan keadaan ummatnya terutama ummat di akhir zaman, mengajar betapa pentingnya sunnah nya untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat... Pernah saya berfikir, kalaulah skang ini berada di zamannya, adakah aku ini golongan yg berpihak kepada Rasulullah atau golongan yang menyerangnya? Berikutan dari besarnya godaan dunia yg ada skang, masya allah.

Kalaulah Rasulullah s.a.w masih ada, akan ku peluk jasadnya, agar terhindar dari pedihnya azab neraka kelak. Ya Allah, moga aku masih berada di landasanMu.
Pernah aku terdengar satu kisah, di mana si A (murid kepada Guru B)... Si A sangat rindukan Gurunya... maka dia pun request la niatnya kepada murid-murid yang lain. Disebabkan Guru B sedang terlantar kesakitan, makin dalamlah rasa rindu Si A... (cont'd)

Monday, January 4, 2010

Kisah sahabat seperjuanganku

Syukur kepada allah taala, hari ni Dia, Allah Yang Maha Agung memperlihatkan aku bagaimana cara menjadi anak yg soleh utk orang tuanya. Rindunya aku pada sahabat yg satu ini, dia tidak mengajar aku melalui lisan tetapi melalui akhlak nya yg sentiasa menyenangi org tua dengan akhlak nya... Namanya pun memang selayak akhlaknya. Subhanallah... huhu...

Bapa sahabatku ini telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas, yg pasti kerinduan dia terhadap ayahnya pasti sangat dalam. Mana mungkin seorang anak tidak menitiskan air mata bila mana orang kesayangannya telah tiada.

Skang ni dia menyambung pelajarannya ke tingkat lebih tinggi sambil mencari sedikit wang untuk men'support' makan minum ibunya. Alhamdulillah tempat dia belajar agak dekat dengan rumahnya. Dan tadi malam aku bertanya tentang perniagaannya, katanya baru mahu berjinak2 di alam perniagaan... Silakan, usahakanlah perniagaan demi mendapat redha-Nya, rasul Allah Muhammad saw juga seorang peniaga dahulu nya. Senang rasa hati ni bila melihat sahabatku ini berusaha sekeras-kerasnya dalam memberi sesuap makanan utk ibu nya. Walaupun kakak dan abang nya ada, dia tetap tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan utk ibunya. Rindu dan teringin rasanya mahu membantu sahabat-sahabatku, tpi utk skrang aku jga tidak mampu utk membantu sahabat2 skalian. Insyaallah, doa aku utk sahabat2 sentiasa ada..