Monday, January 4, 2010

Kisah sahabat seperjuanganku

Syukur kepada allah taala, hari ni Dia, Allah Yang Maha Agung memperlihatkan aku bagaimana cara menjadi anak yg soleh utk orang tuanya. Rindunya aku pada sahabat yg satu ini, dia tidak mengajar aku melalui lisan tetapi melalui akhlak nya yg sentiasa menyenangi org tua dengan akhlak nya... Namanya pun memang selayak akhlaknya. Subhanallah... huhu...

Bapa sahabatku ini telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas, yg pasti kerinduan dia terhadap ayahnya pasti sangat dalam. Mana mungkin seorang anak tidak menitiskan air mata bila mana orang kesayangannya telah tiada.

Skang ni dia menyambung pelajarannya ke tingkat lebih tinggi sambil mencari sedikit wang untuk men'support' makan minum ibunya. Alhamdulillah tempat dia belajar agak dekat dengan rumahnya. Dan tadi malam aku bertanya tentang perniagaannya, katanya baru mahu berjinak2 di alam perniagaan... Silakan, usahakanlah perniagaan demi mendapat redha-Nya, rasul Allah Muhammad saw juga seorang peniaga dahulu nya. Senang rasa hati ni bila melihat sahabatku ini berusaha sekeras-kerasnya dalam memberi sesuap makanan utk ibu nya. Walaupun kakak dan abang nya ada, dia tetap tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan utk ibunya. Rindu dan teringin rasanya mahu membantu sahabat-sahabatku, tpi utk skrang aku jga tidak mampu utk membantu sahabat2 skalian. Insyaallah, doa aku utk sahabat2 sentiasa ada..

No comments:

Post a Comment