Monday, November 9, 2009

Going back....

This week on wednesday, 11 November 'o9... esok la tu... lalala~ damn happy coz after this i cnt go back again until february next year... huhuh.. ok la tu... (tgh tension2, agak2 extra tension, so, happy jelah)...

Friday, November 6, 2009

Zat yang Maha Suci

Sajak seorang ayah kepada anaknya... rasa nk menangis je, bila teringat seorang ayah mengingatkan anaknya bahwa keberadaan Allah itu tidak pernah melupakan hambanya... Anak kecil itu mengangguk tanda mengerti tapi tidak tahu bagaimana mau membalas rasa cinta tadi... "Moga Allah permudahkanku dalam setiap pekerjaan dan mengingatkan aku tentang kewujudannya..." Akan tetapi anak yang kecil ni meningkat dewasa, semakin melupakan, leka dan abai dalam menguruskan kepentingan diri... pengaruh-pengaruh tidak baik mula diadaptasi ke dalam roh anak yang meningkat dewasa tadi.

Sehingga satu mimpi menyedarkan kembali, mimpi seakan azab di alam kelak... Takut hingga menggeletar sekujur tubuh yang kecil itu. Menangis anak tadi memohon keampunan, tapi... Ibu segara mndapatkanku, memeluk dan menanyakan hal tadi... Moga Allah merahmatimu nak...

Bagaimanalah aku hendak melupakan Zat Yang Maha Suci
Yang kuasa-Nya tidak pernah satu detik terlepas dariku
Yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku
Ia senatiasa melihat hingga ke batinku
Senantiasa mendengar setiap waktu dan detik

Kehendak-kehendak- Nya ke atasku pasti berlaku
Baik aku setuju maupun tidak setuju
Menggembirakan maupun yang mendukacitakan
Ia Maha Agung, Maha Qahhar dan Maha Jabbar
Juga kasih sayangnya kepadaku lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada
anak-anaknya
Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia dapat buat apa saja kepadaku

Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya
Tidak ada sama sekali campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku
Ia adalah Penyelamat
Pentadbir, Penjaga, Pendidik dan Pemelihara
Dengan penuh berhikmah
Oleh itu bagaimana aku mau melupakan-Nya
Sedangkan Dia tidak akan melupakanku
Walau setakat sekelip mata

Aduh, tidak mungkin aku dapat melupakan-Nya
Tidak mampu aku untuk melupakan-Nya
Itulah Dia Tuhanku
Aku tidak dapat terlepas dari kuasa-Nya

7 november 2009

Ya Allah, ku mohon agar dipermudahkan urusan duniaku... lama rasanya aku terbiar begini... cukup satu tahun rasanya... tadi aku terbaca dari sahabatku...

"sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita RASA BERDOSA melakukannya
~~imam alghazali~~"


Sebenarnya aku mengahakis rasa tuhan dalam diriku apabila terdedah di persekitaran di sini. Bukanlah bermaksud menyalahkan daerah tempat aku menetap sekarang tetapi menyalahkan diriku yang leka dibuai arus sekitar ditambah lagi dengan kurangnya muhasabah diri yang seharusnya dilakukan...

Thursday, November 5, 2009

Tarekat...

Antara-antara tarekat di indonesia: 

Tuesday, October 20, 2009

Pentingnya iman dan syariat

Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

Monday, October 19, 2009

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Thursday, October 15, 2009

Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau
Engkau jaga dan belai muka engkau agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasa licin dan tegang
Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau
Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
Kerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal Tuhan
Jauh sekali rasa kehambaan
Lantaran itu apabila mati dibaham oleh ulat dan jadi tanah
Ertinya ia tidak kekal abadi
Tapi malang sekali anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat
Engkau abaikan
Akal yang menjadikan engkau mukallaf
Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan engkau cuaikan
Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat
Kepada Tuhan semesta alam
Engkau tidak ambil peduli pun untuk bermujahadah terhadapnya
Padahal semuanya ada nilai Akhirat
Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak
Sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau
Badan lahir kalau engkau abaikan
Hanya menderita di dunia sahaja
Tapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau, jika engkau abaikan
Dia akan menderita di Neraka
Engkau abaikan hakikat diri engkau
Engkau termasuk orang yang sangat zalim
Tapi engkau tidak nampak engkau menzalimi diri engkau sendiri
Yang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkau
Orang menzalimi diri engkau, engkau dapat pahala
Tapi engkau menzalimi diri engkau sendiri, dapat bala dan Neraka