Sunday, March 21, 2010

PERINGKAT MANUSIA TERHADAP DOSA

ORANG-ORANG Islam terhadap dosa berbagai-bagai peringkat
Ada yang terlalu menjaga daripada membuat dosa
Sekalipun sekecil-kecilnya
Mereka itulah golongan Muqarrobin
Di kalangan mereka itu ada yang golongan Assiddiqin
Tapi sedikit sekali
Ada yang meninggalkan membuat dosa
Kecuali sedikit sangat daripada dosa-dosa kecil
Mereka itu golongan Solehin atau Ahlilyamin
Ada di kalangan mereka baru peringkat mujahadah dengan dosa
Adakalanya dapat ditinggalkan
Adakalanya terbuat juga
Tarik tali di antara meninggalkan dengan membuat
Adakalanya menang dan adakalanya kalah
Di waktu kalah itu masih merasa sedih
Golongan ini terpulanglah kepada Allah
Dia mengampunkan siapa yang Dia kehendaki
Ada golongan yang tidak dapat mengawal hawa nafsunya
Sentiasa saja membuat dosa
Bahkan dia membuat dosa dilupakannya dosa-dosa itu
Itulah golongan yang derhaka atau lalai
Ada satu golongan lagi mereka membuat dosa
Dia membuat dosa dengan bangga
Kerana bangganya selalu diceritakan kepada orang lain
Kalau ditegur sakit hatinya
Dia bertambah banyak lagi membuat dosa
Sanggup isytihar dia membuat dosa secara terang-terangan
Untuk menyakitkan hati orang yang menegurnya
Ini adalah golongan yang derhaka yang sombong
Adakalanya golongan ini jatuh kepada kekufuran
secara tidak sedar
Wal’iyazubillah

5.11.1999

No comments:

Post a Comment